Thursday 18 April 2013

Online Business thru Media Social


Jari Online Business? J.O.B


Ok...jom kita renungkan sejenak...ape yg dilalui oleh hanis dlu pnh dilalui oleh semua org cuma jalannya yg berbeza...kita mesti berani untuk BERUBAH!... Jom kita baca entry hanis yg menarik minat fara untuk menceburi dunia perniagaan yang tiada sempadannya... 

Alhamdulillah, Hanis dulu dari seorang suri rumah boleh berubah hidup 360 darjah, or 180 darjah ke, basically total change dari biasa-biasa kepada 'luar' biasa.

Apa yang Hanis maksudkan 'luar' biasa?

Kalau biasa, 
Pergi kerja kul 7.00 keluar rumah
Redah Jam
Masuk ofis
Kerja--
Lunch
Sambung Kerja
Balik Kerja  5.00 / Redah Jam
Buat Kerja rumah / Rileks
Esok / Bulan depan / Tahun depan

Sorry ye, tapi bukan Hanis berniat nak tunjuk hebat, tapi hanya sekadar nak berkongsi. Apa kita akan buat dengan masa kita?, dengan blog kita? dengan facebook kita? Apa pengisiannya? Apa yang kita dapat kalau macam tu selepas 2-3 tahun? selepas 5 tahun? Kalau yang jadi macam top-top blogger bagus jugak. Tapi yang kalau terjadi biasa-biasa?


Kalau kita sekadar untuk mengisi masa luang blogging dan untuk 'Like' status update kawan-kawan, atau kenalan alam siber? Mungkin sebenarnya tak mendatangkan banyak untung. Tapi fikir dan renung-renungkan... 

Memang masa Hanis bermula dulu takde siapa yang bagitau Hanis untuk cuba biznes online. Tapi Hanis cuba memaksimakan peluang dan apa yang Hanis ada pada masa itu. Iaitu blog Hanis dan masa.

Hanis sedar kalau bekerja makan gaji, gaji di KL tak cukup nak hidup senang

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/17/nation/20080717124343&sec=nation

Kalau kita nak berubah, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tak biasa lakukan. Bak kata pepatah orang putih. If you want to get something you have never got, you must do something you have never done.

Dalam biznes Hanis, internet ialah tool yang sangat-sangat mudah dan menjimatkan masa. Kenapa? Yelah, hanya dengan jari dan gunakan idea, kita boleh dapat berkongsi dengan ramai orang dengan cepat. Cuba bayangkan kalau kita nak ceritakan sesuatu yang berlaku dalam hidup kita kalau takde facebook atau blog?


Zaman sekarang, kalau siapa tak online tu, macam satu perkara yang sangat pelik, betul tak? Pengguna Facebook kat Malaysia dah mencecah 8.5 juta. Bloggers? Wallahualam, tapi mesti lagi ramai.

Jom rebut peluang ini sekarang! Bonus raya anda macam mana? Raya 2010 bagaimana? Nak tak cipta kelainan untuk Raya 2011? dan 2012 dan 2013?


Guna jari dan sedikit idea, kita boleh mengubah hidup kita kepada yang biasa-biasa kepada kehidupan yang lebih selesa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...